Tuesday, August 24, 2010

Kampung Toboh

Kampung Toboh terletak 5 Kilometer ke  utara Pekan Tambunan. Kampung ini terletak berhampiran dengan jalan raya utama iaitu Keningau - Tambunan - Kota Kinabalu dan Keningau - Tambunan - Ranau.
Kampung ini dikelilingi oleh tanah pertanian, umumnya penanaman padi pada kawasan berhampiran yang rata sementara bagi kawasan yang berbukit ia ditanami dengan pokok getah.
Kampung-kampung yang berjiran dengan Kampung Toboh ini adalah seperti Kampung Minodung, Kampung Kituntul dan Kampung Maras Karas.
Beberapa kemudahan yang terdapat di sekitar kampung Toboh adalah seperti Sekolah SRK. St. David Toboh, bangunan gereja Holy Cross Toboh, dewan Mukim Toboh, Klinik Kesihatan Toboh, Tadika Kemas, balai raya dan beberapa yang lain.
Pada setiap hari Ahad, terdapat tamu di kampung Toboh, di mana ianya akan dibanjiri oleh penduduk di sekitar Tambunan untuk berjual beli.
Penduduk Kampung Toboh keseluruhannya berbangsa Kadazandusun. 99% daripadanya adalah beragama Kristian Katolik.

No comments:

Post a Comment